Saturday, June 25, 2011

ampunkan diri ini

-dipetik dari blog catatan seorang pengemis daripada entri yang bertajuk Antara helaian dari catatanku

kehidupan harian sangat melekakan.. hari ini kita bekerja.. malamnya kita tidur.. paginya kita kembali membuka mata.. dan apabila tiba waktu malam, kembali melelapkan mata.. sepertinya hidup ini tiada penghujungnya.. rasa seperti apabila diri ini merebahkan jasad dan tidur dengan lena.. pasti esok akan terjaga.. tidak pasti dari mana datangnya keyakinan itu.. sedangkan tiada siapa yang menjanjikan esok adalah milikku.. Allahu Rabbi..

setelah bertahun-tahun hidup di atas muka dunia ini.. setelah berjuta-juta pertarungan diharungi.. tidak pernah berhenti.. ada baiknya kita duduk sebentar memikirkan apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup ini..

teringat satu kisah.. yang mana mungkin ramai yang telah mendengarnya.. mungkin berulang-ulang kali di ceritakan kepada semua.. namun manusia itu selalu lupa.. maka ingin dicatatkan di atas kanvas maya ini.. sebagai catatan buat diri ini.. sebagai catatan seorang pengemis.. pengemis cinta Ilahi..

jauh di hujung desa.. di satu perkampungan yang aman sentosa.. terdapat ladang dan sawah padinya.. kehidupan petani biasa.. pulanglah seorang anak muda yang masih kecil usianya.. pulangnya dia bersama keluarga.. menziarahi datuk dan nenek yang dicintainya..

semasa menemani datuknya bekerja di ladang dan kebunnya.. dia diberikan kayu lastik untuk menghiburkan dirinya.. dibiarkan anak muda ini bermain di dalam kebunnya.. gembiralah hati anak muda itu.. disasarnya setiap sasaran yang ada.. burung.. itik.. ayam.. apa sahaja yang boleh ditembak olehnya.. namun satu pun tiada yang mengena.. dia kecewa.. lalu pulang ke rumah datuknya mencari minuman untuk menghilangkan dahaga..

dalam perjalanan pulang.. dia terlihat seekor itik mengekorinya.. tanpa berfikir panjang, dia terus menarik lastiknya.. tepat!.. tepat terus ke kepala itik tersebut.. dan terus membunuh ia.. anak muda itu terkejut.. terkejut dan menyesal.. dan keadaan yang resah gelisah itu, dia menyembunyikan bangkai itik itu di belakang himpunan kayu.. namun malang nasibnya, kakaknya Fatimah melihat segalanya.. namun Fatimah tidak berkata apa-apa.. dia hanya membisu..

keesokan harinya.. selepas makan tengahari bersama.. neneknya berkata.. “Fatimah, mari basuh pinggan dengan nenek..” Fatimah menjawab, “Nenek, adik kata dia nak tolong dekat dapur..” kemudian dia terus berbisik kepada adiknya itu, “Ingat itik tu?..” Maka adiknya pun membantu neneknya di dapur..

kemudian di petang hari.. datuk mereka mengajak mereka pergi memancing.. mereka berteriak gembira.. tiba-tiba, nenek mereka berkata, “maaf.. tetapi nenek perlukan Fatimah untuk buat makan malam..”

Fatimah hanya tersenyum seraya berkata, “owh, tak menjadi masalah.. sebab adik kata dia nak tolong nenek hari ni..” kemudian dia berbisik sekali lagi, “ingat itik tu?..” Maka pergilah Fatimah memancing dengan gembiranya.. dan tinggallah adik di rumah membantu neneknya..
setelah beberapa hari berlalu.. anak muda ini melakukan dua kerja.. kerja-kerja yang diagih untuknya.. juga kerja yang sepatutnya dilakukan oleh kakaknya.. dan dia sudah tidak tahan lagi..
dia mendapatkan neneknya.. dengan wajah tertunduk ke bumi.. dengan nada pasrah.. dia mengaku di hadapan neneknya..

neneknya berlulut mendapatkannya.. dia memeluk anak muda itu dengan erat.. neneknya berkata, “Sayangku.. nenek tahu.. sayang tahu, nenek ada dekat depan tingkap masa tu.. nenek nampak semuanya.. tetapi kerana nenek sayangkan kamu.. nenek maafkan kamu.. nenek cuma terfikir.. berapa lamakah kamu akan bertahan Fatimah buat macam tu dekat kamu..”
anak muda itu tidak terjawab.. hanya air mata bercucuran dari pipinya.. terus dipeluk erat nenek yang disayanginya itu..
kisah yang indah.. kisah yang menarik.. namun kisah yang penuh iktibar.. penuh pengajaran untuk masa lalu, masa ini, dan masa akan datang..

sesungguhnya sepanjang hidup ini.. apa sahaja yang telah berlaku.. syaitan tetap terus menyerang kita.. panahan-panahan mereka semuanya ke arah kita.. tidak pernah berhenti.. couple.. penipuan.. pembohongan.. hutang.. ketakutan.. tabiat buruk.. kebencian.. kemarahan.. dan banyak lagi jenis panah-panah mereka..

namun apa jua panah mereka.. yang perlu kita ketahui dan hayati ialah.. Allah Maha Mengetahui.. dan dia mengetahui segala-galanya.. Dia Maha Melihat.. dan dia melihat segala-galanya.. Dia telah melihat seluruh kehidupan kita.. 15 tahun?.. 20 tahun?.. 30 tahun?.. malahan seluruh kehidupan dunia ini telah dilihat dan diketahuiNya.. tetapi Dia ingin kita mengetahui dan menghayati satu perkara.. iaitu.. Dia sayang, cinta dan kasihkan hambaNya.. dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun.. Dia mengampuni dosa hamba-hambaNya yang kembali kepadaNya..

Dia hanya terfikir.. selama mana kita hendak membiarkan syaitan mempermain dan memperdayakan kita.. memperhambakan kita..

dan hebat dan agungnya mengenai Allah.. Rabbul ‘alamin.. apabila dimohon keampunan dariNya.. Dia bukan sahaja mengampunkan.. malah dia sayang, kasih dan cinta kepada hambaNya itu.. hanya di atas rahmat dan kasih sayangNya kita terselamat..

Ya Allah.. jauhnya diri ini daripada mengingatiMu.. ampunkan diri yang selalu terleka ini.. malu untuk ku kembali kepadaMu.. setelah sekian lama aku mengabaikanMu.. sedangkan Kau sentiasa menantikanku.. layakkah aku menjadi kekasihMu.. sedangkan Kau sentiasa mengasihiku.. ya Rabb.. ampunkanlah diri yang faqir ini.. tiada apa yang mampu ku persembahkan.. hanya mengharap dan mendambakan cintaMu..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)