Tuesday, November 30, 2010

ikhlas dalam perjuangan...

“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).

Alhamdulillah..
setinggi-tinggi ku merafakkan kesyukuran kepadaMu kerana masih memperteguhkan jiwaku dijalanMu dan tetap thabat beramal di gerabak tarbiyyahMu...sesungguhnya,ini merupakan tarikan keimanan dalam kehidupan yang perlu kita genggam sekuat-kuatnya agar nikmat ini tidak terlepas dan hanyut mengikut arus jahiliyyah..saya termenung seketika tatkala memikirkan kembali makna ayat 162 dalam surah al-an'am..jiwaku benar-benar tersentuh.. Allah..adakah aku selama ini telah melaksanakan pengabdian yang sebenar-benarnya terhadapMu..atau hanya sebahagian..hrmm..

Dalam kita sibuk beramal sebagai kehidupan seorang muslim,akan datang satu masa,jiwa kita berasa lemah dan tidak semangat(futur).Semuanya disebabkan hati.Hati kita amat mudah dibolak-balikkan.Sebagaimana kata ibnu rawaahah,"Sesungguhnya,hati lebih mudah dibolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak"subhanallah.Hati juga merupakan pangkal segala kebaikan dan keburukan.Hati yang tidak ikhlas akan mudah dikalahkan oleh musuh utama kita,iblis dan syaitan.Oleh itu,awasilah hati anda sepanjang masa!!racun-racun hati seperti riak,ujub dan takabbur perlu dihapuskan dan dielakkan sama sekali..satu-satunya solusi terbaek untuk menjaga hati ini ialah ikhlas..persoalannya..
adakah selama ini kita ikhlas dalam beramal?
atau kita beramal sekadar untuk menunjuk-nunjuk?
atau kita beramal dengan niat mengharap selain keredhaan ALLAH s.w.t?
ataupun..kita berasa kagum dengan amal yang kita lakukan?
ataupun..kita melakukan amal dengan harapan menjadi terkenal dlm kalangan sahabat kita?
Allahu akbar..tepuk dada,tanya iman~

Petang semalam..saya berkesempatan berbual dengan Ustaz Fadzlan(isma perak)..apa yang dikatakan beliau.."ikhlas ni,rahsia antara kita dengan Allah..nak tahu sama ada sifulan ini ikhlas atau tak..bukanlah boleh diukur hanya melalui pengakuan lafaz 'terima la barang ni,aku ikhlas ni'..tetapi,orang yang makin ikhlas akan menjdi insan yang lebih tawadduk.. makin berwawasan..semakin "addicted" untuk beramal..ingat,tanpa ikhlas,amal kita akan menjadi sia-sia"...ikhlas juga menjadi penentu adakah amal kita diterima atau tidak.. sememangnya,kita sukar hendak menemui keikhlasan..hatta,terlalu sukar bagi kita untuk menentukan sama ada kita sudah ikhlas atau pun tidak..

benarlah kata-kata seorang tokoh islam berkaitan dengan ikhlas..
" Ikhlas itu ibarat seseorang yang mencari semut hitam, di atas batu yang hitam dan dalam keadaan malam yang gelap.."
subhanallah...

ayuh kita perhatikan manual hidup kita,al-Quran..Allah s.w.t berfirman dlm surah al-bayyinah ayat ke-5 yg bermaksud:
"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) agama yang lurus"
lihatlah,ayat ini jelas memberi makna bahawa kita semua diperintahkan agar menjalankan ad-deen ini dengan ikhlas.Keikhlasan amat diperlukan dalam beramal.Oleh sebab itu,tidak hairanlah sekiranya Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan berkaitan dengan ikhlas seperti ini,"Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan pasir. Memberatkan tapi tidak bermanfaat"Jadi,bagi hamba Allah yang sentiasa tunduk dengan perintahNya,erti ikhlas hanya akan tercerna dalam jiwa apabila ia mengarahkan seluruh lisan,perbuatan dan jihadnya hanya kepada Allah s.w.t..sentiasa mengharapkan kebaikan pahalaNya dan keredhaanNya..tanpa melihat dan memberi keutamaan kepada dunia, pangkat, kedudukan dan sebagainya.. Katakanlah:
"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hiudpku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan semesta alam"

Ikhlas itu bukanlah pengakuan lidah tetapi pengakuan hati.Allah s.w.t tidak memandang ibadah dan amal kita yang banyak,tetapi,keikhlasan dalam mengerjakannya.Beramal la walaupun sedikit tetapi,sempurna,ikhlas dan berterusan..Apa erti banyak,tetapi semuanya tidak sempurna dan tidak ikhlas.Allah tidak menerimanya.Oleh itu, sebagai penutup, berjuanglah dengan hati yang ikhlas..berkorbanlah dengan jiwa yang murni..ingatlah,yang menerima semua amal,bukanlah manusia tetapi khaliq kita yakni Allah s.w.t..

sama-sama kita perbaharui keikhlasan kita dan perbetulkan niat kita..kita masih belum terlambat..!!

berjuanglah..berkorbanlah..moga amal diterima Allah...(^_^)

Sunday, November 28, 2010

MATI..satu kepastian...bersediakah anda??

Salam Musafir..
Segala puji bagi ALLAH,Tuhan semesta alam,yang berkuasa untuk mematikan atau menghidupkan sekalian makhluk...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,pembawa risalah agong di muka bumi ini...


Hari ini,Ahad,22 zulhijjah 1431H.
"Da lama kita tak pergi melawat ke kubur tok ayah kan?Mak Tok ingat nak ajak kamu bawa Mak Tok ke kubur Tok Ayah pagi ini.Pak Lang pun ade sekali.."Tepat jam 7 pagi,selepas aku,adik dan Mak Tok bersiap,kami pun memulakan perjalanan ke tanah perkuburan yang terletak 3 batu dari kediaman kami.Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan,Mak Tok ade berkata "tanah perkuburan tu da lama ade,kubur yang berusia beratus tahun pun ade..hrmm..macammane la azab yang mereka tanggung selama di alam kubur.Mak Tok  tak tau la macam mana nasib Mak Tok nnti."Allahu akbar..tersentak hatiku saat Mak Tok bercakap sebegitu.Bagaimana pula nasib aku kelak?Cukupkah amal aku selama ini sebagai bekalan untuk perjalanan yang jauh akan datang?Sudahkah aku melaksanakan amanah2 yang ALLAH berikan kepadaku sebagai hambaNya?Berapa banyak sumbangan-sumbanganku terhadap agama,umat dan bangsa?Cukup ke semua tu sebagai bekalanku kelak?Destinasi mana yang bakal ku temui nanti?Allahu akhbar..hati aku sudah rasa berdebar2 dan penuh kerisauan dek memikirkan bagaimana aku menghadapi saat kematian nanti dan nasibku di akhirat kelak.

Aku teringat kisah Nabi ALLAH Idris as yang pernah meminta kpd Malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya supaya beliau dapat merasai sendiri dahsyatnya sakaratul maut.Diceritakan,ketika Nabi Idris ditanya Malaikat Izrail bagaimanakah rasa kematian itu, beliau mengatakan bahawa kesakitan maut itu seribu kali lebih dahsyat daripada kesakitan ketika seekor binatang dilapah walaupun Malaikat Izrail telah menarik nyawa Nabi Idris dengan kelembutan yang belum pernah dilakukan ke atas sesiapa pun.Allahu akbar..
tanah perkuburan di batu gajah
Setibanya di tanah perkuburan,kami terus menuju ke kubur tok ayah.Kami membersihkan rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur dan membaca surah yassin bersama mak tok dan ahli keluarga yang lain.Setelah selesai semuanya, aku membawa diriku termenung seketika sambil memikirkan,bilakah tiba giliranku untuk menemui ajal..?hrmm.Takutnya aku..
"كلو نفسين ذائقة الموت"Semua yang bernyawa pasti akan menemui  kematian.Golongan kaya atau miskin,golongan berpangkat tinggi atau rendah,golongan yang beriman atau fasik,semuanya akan kembali ke dalam tanah,dibaluti dengan kain putih.Bertemunya kita dengan kematian sudah cukup memutuskan segala kebahagiaan dan nikmat.Ingatlah,dunia ini hanya tempat persinggahan kita semata-mata.Tempat menyemai benih2 yang dituai hasilnya di akhirat kelak.Segala amalan kita di dunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi.Namun,terdapat 3 amalan sahaja yang masih diterima ALLAH sebagai pahala kita meskipun kita telah meninggal dunia.Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
mafhumnya:
"Daripada Abu Hurairah r.a,katanya,Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Jika anak Adam meninggal,maka semua amalnya terputus kecuali 3 perkara;sedekah jariyyah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."(HR Muslim)

Sahabat sekalian,saat kita berjaya meraih impian dan kejayaan,yang terfikir dalam benak kita adalah ini merupakan hasil kerja keras kita semata-mata.Padahal,pernahkah kita terfikir bahawa semua keinginan yang kita peroleh merupakan anugerah dan rahmatNya.Ketika kita muda,kita masih tampan,kacak,cantik,lawa atau anggun,kita rasakan kematian seakan jauh dari kita.Sehingga kita lupa bahawa ajal kita tidak semestinya pada usia kita ketika tua ataupun muda.Betapa kesiannya saudara-saudara kita yang lupa akan amanah anggota badan dan kudrat yang seharusnya digunakan untuk mengabdikan hanya kepadaNya,malah lebih teruk lagi,semua ini disalahgunakan.

Oleh itu,ayuh kita sama-sama memeriksa setiap anggota badan secara khusus dan memastikan sama ada anggota-anggota kita ini tetap istiqamah dan baik ataupun sebaliknya.Ingatlah firman Allah s.w.t;
“Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).” (Surah Al-Qiamah : 14,15)
Sekiranya,ada anggota badan kita yang masih ingkar dengan suruhan Allah,maka kita perlu berhentikannya seketika untuk diperbaiki.Sentiasalah bermuhasabah dan memperbaiki diri.
Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud :

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinyadan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Marilah mengajak diri sentiasa zikrulmaut agar hati kita sentiasa berusaha untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan Allah terutamanya tugas kita sebagai daieilallah di muka bumiNya.Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.Mudahan-mudahan kita dalam kalangan orang yang bertakwa.

"Ya ALLAH,panjangkanlah umurku supaya aku terus dapat bersama dengan golongan yang sentiasa berusaha menegakkan agamaMu di muka bumi ini"

semoga terus thabat dan beramal.ameen.

Friday, November 12, 2010

musafir dan hamba



salam kehambaan...

segala puji bagi ALLAH,pemilik segala yang ada di langit dan bumi..

Ingatlah saudaraku sekalian,kembara kita sebagai musafir di bumiNya akan menemui penghujungnya tidak lama lagi.Semuanya telah ditentukan oleh ALLAH Ta’ala.Hanya tinggal kita sahaja untuk merancang perjalanan kita ke arah mana destinasi yang kita ingin tuju.Jalan tarbiyyah atau jalan jahiliyyah.Syurga atau neraka.Jadikanlah sunnah rasul sebagai kenderaan dan jadikanlah Al Quran sebagai panduan.InsyaALLAH kita tidak akan sesat selama-lamanya dalam perjalanan menuju ke syurga.Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam kutbah terakhir baginda:
  “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu    berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.”
Persoalannya,adakah kita menjadikan Al Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup kita dalam menuju ke destinasi yang kita inginkan..???tepuk dada tanya iman(^_^)..

Mari kita renung kembali rentetan pengembaraan kita...
Setiap manusia sama ada secara rela atau terpaksa, pasti akan melalui dan berpindah dari satu alam ke alam yang lain. Mengapa begitu ya? Jawabnya, kerana ia adalah ketentuan Allah Taa'la. Pengembaraan kita bermula di alam roh,kemudian ke alam kandungan dan sekarang,kita sudah berada di alam dunia,sebagai perhentian sementara seperti R&R sebelum kita menuju ke alam yang kekal abadi kelak.

Kita juga selalu menyatakan “aku ini hamba ALLAH”,tetapi,dalam kita melafazkan kata-kata ini ramai juga yang masih tidak berperanan sebagai “hamba” kepada tuan yakni ALLAH Ta’ala.

Ingatlah..Di alam roh, alam pertama lagi sebenarnya kita telah membuat satu penyaksian yang besar di sisi Allah Taa'la. Penyaksian ini telah Allah rakamkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya :
 "Adakah kamu bersaksi bahawa Aku adalah Tuhan kamu? Menjawab ( roh ) : Bahkan, kami bersaksi ( bahawa Kamu adalah Tuhan kami )".

Setelah berada di alam kandungan ,kita pun di masukkan di alam dunia. Alam yang penuh dengan ujian dan dugaan, pahit dan manis serta suka dan duka. Hakikatnya,di sinilah kita diuji setelah membuat penyaksian dengan ALLAH di alam roh.Justeru itulah,hujjatul islam,Imam Al-Ghazali mengumpamakan perjalanan hidup di dunia ini seperti sebuah pelayaran di lautan yang luas. 

Ketika dalam pelayaran, tiba-tiba kelihatan sebuah pulau yang begitu indah. Lalu Nahkoda bahtera meminta semua anak-anak kapal turun ke pulau tersebut dan mencari sebanyak mungkin bekalan yang akan digunakan untuk meneruskan pelayaran menuju ke destinasi yang telah ditentukan.Semasa semua dalam perjalanan kembali semula ke bahtera, Nahkoda telah bersedia untuk melihat dan bertanya kepada anak-anak kapalnya, apa dan berapa banyak bekalan yang mampu dikumpulkan? Maka anak-anak kapal tersebut kembali dalam keadaan 3 golongan :

Golongan pertama : Golongan yang turun di pulau tersebut, lalu merasa takjub dan terpesona dengan keindahannya. Mereka leka menikmati keindahan pulau tersebut, sehingga lupa kepada tujuan sebenar mereka. Mereka akhirnya kembali dalam keadaan tidak membawa apa-apa. Mereka adalah golongan yang paling rugi ( celaka ).

Golongan kedua : Golongan yang turut takjub dan terpesona, sempat menikmati keindahan pulau tersebut. Tetapi sebelum tiba waktu untuk kembali ke bahtera, mereka tiba-tiba tersedar. Tersedar dengan tujuan asal mereka. Lalu mereka kembali membawa bekalan yang teramat sedikit. Mereka juga termasuk dari golongan yang rugi, namun masih dapat memanfaatkan masa-masa terakhir untuk mencari bekalan.

Golongan ketiga : Golongan yang turun di pulau tersebut, melihat keindahan jua, namun sekali-kali mereka tidak takjub dan terpesona. Mereka terus berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa balik ke bahtera. Mereka kembali dalam keadaan membawa bekalan yang banyak. Merekalah dari kalangan golongan yang beruntung.

Oleh itu,fikir-fikirkanlah..kita mahu berada dalam golongan yang mana satu..?golongan pertama,kedua atau ketiga?kalau golongan ketiga,apa usaha kita..?ayuh,kita muhasabah kembali diri kita...


Firman Allah Taa'la dalam surah az-dzariyyat,ayat ke 56 yang bermaksud :
"Dan tidaklah Kami menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Kami".

Jadi,jelaslah tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah Taa'la dalam erti kata mengabdikan diri kepada-Nya.Semua amal yang kita lakukan dalam kehidupan seharian akan dikira sebagai ibadah, andai saja niat kita ikhlas dan kaedah kita bertepatan dengan syara'.Oleh itu,disinilah kita memainkan peranan sebagai "hamba" ALLAH..sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan dalam usaha mengumpul bekalan untuk perjalanan menuju ke syurga ALLAH.Ayuh beramal..!!(^_^)

salam hormat.

Tuesday, November 2, 2010

ahlan wasahlan..

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH,tuhan sekalian alam kerana berkat keizinan-Nya dan rahmat-Nya,akhirnya,blog yang ringkas ini dapat dihasilkan.Pengembaraan blog ini sebagai "sang musafir" di medan teknologi baru sahaja bermula.

Semoga blog yang ringkas ini dapat memberi seribu satu manfaat kepada kita disamping menjadi wadah untuk kita membaiki diri dan menjadi "sang musafir"di muka bumi Allah yang akhirnya jelas ke arah mana destinasi kita.Diharap,semua yang baik daripada blog ini dapat dikongsikan bersama dan mohon jutaan kemaafan sekiranya ada kekhilafan dalam blog ini.Buang yang keruh ambil yang jernih(^_^)Oleh itu,segala komen dan cadangan daripada pembaca sekalian diharapkan bagi menambahbaikkan dan memantapkan lagi blog ini.
jazakallahu khairan katsiira...

salam taaruf..sang musafir..