Friday, November 12, 2010

musafir dan hamba



salam kehambaan...

segala puji bagi ALLAH,pemilik segala yang ada di langit dan bumi..

Ingatlah saudaraku sekalian,kembara kita sebagai musafir di bumiNya akan menemui penghujungnya tidak lama lagi.Semuanya telah ditentukan oleh ALLAH Ta’ala.Hanya tinggal kita sahaja untuk merancang perjalanan kita ke arah mana destinasi yang kita ingin tuju.Jalan tarbiyyah atau jalan jahiliyyah.Syurga atau neraka.Jadikanlah sunnah rasul sebagai kenderaan dan jadikanlah Al Quran sebagai panduan.InsyaALLAH kita tidak akan sesat selama-lamanya dalam perjalanan menuju ke syurga.Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam kutbah terakhir baginda:
  “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu    berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.”
Persoalannya,adakah kita menjadikan Al Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup kita dalam menuju ke destinasi yang kita inginkan..???tepuk dada tanya iman(^_^)..

Mari kita renung kembali rentetan pengembaraan kita...
Setiap manusia sama ada secara rela atau terpaksa, pasti akan melalui dan berpindah dari satu alam ke alam yang lain. Mengapa begitu ya? Jawabnya, kerana ia adalah ketentuan Allah Taa'la. Pengembaraan kita bermula di alam roh,kemudian ke alam kandungan dan sekarang,kita sudah berada di alam dunia,sebagai perhentian sementara seperti R&R sebelum kita menuju ke alam yang kekal abadi kelak.

Kita juga selalu menyatakan “aku ini hamba ALLAH”,tetapi,dalam kita melafazkan kata-kata ini ramai juga yang masih tidak berperanan sebagai “hamba” kepada tuan yakni ALLAH Ta’ala.

Ingatlah..Di alam roh, alam pertama lagi sebenarnya kita telah membuat satu penyaksian yang besar di sisi Allah Taa'la. Penyaksian ini telah Allah rakamkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya :
 "Adakah kamu bersaksi bahawa Aku adalah Tuhan kamu? Menjawab ( roh ) : Bahkan, kami bersaksi ( bahawa Kamu adalah Tuhan kami )".

Setelah berada di alam kandungan ,kita pun di masukkan di alam dunia. Alam yang penuh dengan ujian dan dugaan, pahit dan manis serta suka dan duka. Hakikatnya,di sinilah kita diuji setelah membuat penyaksian dengan ALLAH di alam roh.Justeru itulah,hujjatul islam,Imam Al-Ghazali mengumpamakan perjalanan hidup di dunia ini seperti sebuah pelayaran di lautan yang luas. 

Ketika dalam pelayaran, tiba-tiba kelihatan sebuah pulau yang begitu indah. Lalu Nahkoda bahtera meminta semua anak-anak kapal turun ke pulau tersebut dan mencari sebanyak mungkin bekalan yang akan digunakan untuk meneruskan pelayaran menuju ke destinasi yang telah ditentukan.Semasa semua dalam perjalanan kembali semula ke bahtera, Nahkoda telah bersedia untuk melihat dan bertanya kepada anak-anak kapalnya, apa dan berapa banyak bekalan yang mampu dikumpulkan? Maka anak-anak kapal tersebut kembali dalam keadaan 3 golongan :

Golongan pertama : Golongan yang turun di pulau tersebut, lalu merasa takjub dan terpesona dengan keindahannya. Mereka leka menikmati keindahan pulau tersebut, sehingga lupa kepada tujuan sebenar mereka. Mereka akhirnya kembali dalam keadaan tidak membawa apa-apa. Mereka adalah golongan yang paling rugi ( celaka ).

Golongan kedua : Golongan yang turut takjub dan terpesona, sempat menikmati keindahan pulau tersebut. Tetapi sebelum tiba waktu untuk kembali ke bahtera, mereka tiba-tiba tersedar. Tersedar dengan tujuan asal mereka. Lalu mereka kembali membawa bekalan yang teramat sedikit. Mereka juga termasuk dari golongan yang rugi, namun masih dapat memanfaatkan masa-masa terakhir untuk mencari bekalan.

Golongan ketiga : Golongan yang turun di pulau tersebut, melihat keindahan jua, namun sekali-kali mereka tidak takjub dan terpesona. Mereka terus berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa balik ke bahtera. Mereka kembali dalam keadaan membawa bekalan yang banyak. Merekalah dari kalangan golongan yang beruntung.

Oleh itu,fikir-fikirkanlah..kita mahu berada dalam golongan yang mana satu..?golongan pertama,kedua atau ketiga?kalau golongan ketiga,apa usaha kita..?ayuh,kita muhasabah kembali diri kita...


Firman Allah Taa'la dalam surah az-dzariyyat,ayat ke 56 yang bermaksud :
"Dan tidaklah Kami menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Kami".

Jadi,jelaslah tujuan kita dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah Taa'la dalam erti kata mengabdikan diri kepada-Nya.Semua amal yang kita lakukan dalam kehidupan seharian akan dikira sebagai ibadah, andai saja niat kita ikhlas dan kaedah kita bertepatan dengan syara'.Oleh itu,disinilah kita memainkan peranan sebagai "hamba" ALLAH..sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan dalam usaha mengumpul bekalan untuk perjalanan menuju ke syurga ALLAH.Ayuh beramal..!!(^_^)

salam hormat.

2 comments:

Mr Alim said...

bernas...musafir dalam perjalanan menemui Rabb sekalian alam..medan dakwah sebaik2 perjalanan~

zainul arif... said...

btul tu alim..kita perlu mengenali hakikat kita sebagai musafir..;)

Post a Comment