salam maulidur rasul buat semua..
Alhamdulillah..akhirnya ALLAH memberi kesempatan kepada saya untuk terus kekal dalam menikmati kehidupan sebagai muslim..salam kemaafan kerana sudah lama tidak meng"update" blog ini..
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,insan yang terhebat dan merupakan idola teragung buat para pembawa risalahnya.
Saya amat mencintai Rasulullah s.a.w. dan baginda juga cintakan saya.Mana mungkin saya mengkhianati cinta ini. Bagaimana pula dengan anda? Anda mencintai Rasulullah?Kalau ya,buktikannya.
Rasulullah s.a.w merupakan insan yang paling hebat kerana hidup baginda penuh dengan visi dan misi. Baginda mempunyai agendanya tersendiri. Bagaimana pula dengan kita?Adakah kita mempunyai agenda seperti Rasulullah s.a.w? Atau kita sememangnya tiada agenda dan terus mengikuti agenda pihak lain? Kalau kita lihat balik,Rasulullah hebat berikutan risalah kebenaran yang baginda bawa. Risalah inilah yang perlu ditegakkan agar sekalian alam mendapat rahmat Allah. Risalah ini juga yang menyebabkan kita masih merasai nikmat islam sehingga kini. Terlalu besar jasa Rasulullah.
-Muhasabah-
Selama ini,kita selalu memuji keperibadian baginda dan sering mengaku baginda adalah contoh yang terbaik buat diri kita.Namun kita tetap alpa dan lalai dalam mengamalkan sunnahnya.Adakah selama ini cinta kita terhadap baginda benar-benar tulen atau cinta yang palsu?Setiap tahun kita menyambut maulidurrasul dengan penuh meriah dengan mengadakan pelbagai acara seperti perarakan ,namun pernahkah kita mempraktikkan sunnahnya dengan sebaiknya? Kenapa kita selalu berkelakuan bukan seperti umat Rasulullah s.a.w.? Cuba kita bayangkan sekiranya Rasulullah bersama kita sekarang ini. Agak-agaknya,Rasulullah bangga dan suka tak dengan apa yang kita amalkan sekarang? Adakah Rasulullah akan sentiasa senyum dengan penuh kegembiraan sekiranya baginda sendiri melihat peribadi kita sekarang ini? Sekiranya kita bertemu Rasulullah s.a.w,dan baginda bertanya kepada kita,apa sumbangan kita terhadap umat dan islam? Apa jawapan kita pada ketika itu? Sanggupkah lagi kita mengaku di depan baginda yang kita adalah umatnya? Sedangkan terlalu banyak sunnahnya kita tidak amalkan. Selawat terhadap baginda pun kurang. Keperibadian kita tidak menunjukkan langusng yang kita ini adalah umat baginda.Adakah kita rasa malu atau segan sekiranya Rasulullah sedang melihat keadaan kita sebegini? Kenapa apabila tiba tarikh maulidurrasul barulah kita sibuk hendak menyebut nama baginda? Kenapa kasih sayang kita terhadap baginda hanya muncul dan berkobar-kobar ketika hari maulidurrasul? Sibuk dengan mengadakan perarakan besar-besaran tetapi setelah habis perarakan,semangat kita kian pudar dan hilang. Adakah cinta kita terhadap Rasulullah hanya layak diberikan pada tarikh 12 Rabiul awal sahaja? Kadang-kadang,kita terlalu sibuk mengutamakan sebahagian sunnahnya tetapi meninggalkan sunnah terbesarnya iaitu amar makruf nahi mugkar. Sesungguhnya,baginda telah tinggalkan kepada kita AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai panduan kepada kita agar kita tidak akan sesat selama-lamanya.namun,adakah selama ini kita benar-benar berpegang pada kedua-duanya?
Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda dalam riwayat Muslim:
"Orang yang paling aku kasihi di kalangan umatku ialah orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku walaupun dengan mengorbankan keluarganya dan hartanya"
Dalam hadis lain,baginda pernah bersabda:"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku"
Kemudian para sahabat bertanya:
"Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?"
Jawab baginda:
"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang ku maksudkan,mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada"
Lihatlah..betapa untungnya diri kita, Rasulullah amat mengasihi diri kita. Cinta baginda ini amat pelik dan luar biasa.Mencintai manusia yang belum ada.Baginda amat merindui kita! Itupun sekiranya kita sangat ingin melihat baginda. Renungkanlah sahabat sekalian.Kenapa kita masih dalam keadaan leka dan lupakan baginda.?
Jom kita hayati video ini.Layakkah kita digelar sebagai umat Muhammad s.a.w?Masih banggakah kita dengan gelaran sebagai umat Muhammad tetapi akhlak kita sedikit pun tidak menyerupai akhlak baginda dan matlamat hidup kita tidak sama pun dengan baginda?
Marilah kita sama-sama menjadikan Rasulullah sebagai qudwah dalam hidup. Jelaskanlah matlamat dan agenda kita dalam kehidupan kita yang singkat ini agar kita tidak menjadi golongan yang rugi di akhirat kelak. Sekiranya diri kita ini pengikut Muhammad s.a.w,buktikan kita pengikutnya yang terbaik. Jom menjadi umat Muhammad yang sebenarnya!
3 comments:
rasulullah.....
rindu aku untuk bertemu dirimu.
namun risau pula aku andai
kau tidak sudi menerimaku sebagai umatmu
lantaran banyaknya kealpaan dan kesilapan diri ini.
astaghfirullah....
akhi, slamat b'juang!!!
akma:betul tu akma..moga kita terus memperbaiki diri agar kita layak menjadi umat muhammad yang sebenar..
anonymous:jzkk..moga kita tetap thabat..(^_^)
Post a Comment